Archive for November, 2009
Ummi Nazeera Ganti Nora Danish Watak Maya Spa Qistina
Penerbit eksekutif Global Station Sdn. Bhd. Adila Datuk Ramly hari ini memberitahu watak Maya (menantu Qistina) didalam Spa Qistina yang sebelum ini dipegang oleh Nora Danish kini diganti dengan Ummi Nazeera.

Kenyataan itu menolak sama sekali khabarangin asal yang watak Nora Danish akan digantikan oleh atasha Hudson .
Ummi Nazeera atau nama penuhnya NurHidayah Zainul Abadin yang kini berusia 19 tahun kini masih sibuk dengan pengambaran Drama Lembing Dan Layang serta Filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Ummi Nazeera sebelum ini pernah membintangi drama Awan Dania musim pertama dan Nurkasih dilihat punya kualiti lakonan yang tersendiri dan dilihat sesuai dengan watak Maya.
Spa Qistina yang dijadualkan bersiar Januari depan membariskan pelakon dan barisan selebriti yang lebih mantap antaranya ialah Nanu (Qistina), Azizah Mahzan (Marlia),Adi Putra (Fahmi), Fasha Sandha (Frieda), Riezman Khuzaimi (DrZulfadzli), Farahdiya (Julia), Nik Zarith Nellydya (Melissa) dan JasminHamid (Sofiera). Tidak ketinggalan, penampilan khas, band indie populartanah air, Hujan.
Bunkface Akim Mila Dafi Shila Tomok Through My Window TM Everyone Connect
Download Video Iklan TM Everyone Connect nyanyian Bunkface, Akim, Mila, Dafi, Shila dan Tomok dengan lagu Through My Windows beserta Lirik (Lyric) versi Karaoke.
TM telah menggabungkan beberapa artis untuk berkaliborasi dalam satu lagu yang sedang hangat dimainkan dicorong radio dan televisyen dengan lagu Through My Windows.
Semua lagu sedap-sedap belaka. Akim, Mila dan Dafi masing-masing dengan aksi lincah berkaliborasi dengan baik. Begitujuga dengan Shila yang menggambarkan gadis periang. Bunkface pula datang dengan watak dua animasi comel. Tomok juga tidak ketinggalan memaparkan persembahan bertenaga dalam menyampaikan satu-satunya versi Bahasa Melayu.
Korang tak perlu cari jauh-jauh, kami disini ada kumpulkan 4 video iklan TM Everyone Connect untuk anda download. Istimewanya video-video ni sudah ada lirik sekali, jadi boleh la korang reramai karaoke sama-sama.
Video 1 : Bunkface – Through My Windows with Lyric
Download Video Bunkface disini : http://www.megaupload.com/?d=W1OGMHPC
Video 2: Akim, Mila dan Dafi – Through My Windows with Lyric
Download Video Akim, Mila dan Dafi disini : http://www.megaupload.com/?d=7V73NVU7
Video 3: Shila – Through My Windows with Lyric
Download Video Shila disini : http://www.megaupload.com/?d=GDJJ2JPL
Video 4: Tomok – Through My Windows (Versi Melayu) dengan Lirik
Download Video Tomok disini : http://www.megaupload.com/?d=EJ44L6GW
Through My Windows Lyric (Full Version)
Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it aloneIn the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believingNow there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so realI see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymoreNow there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than meNow there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real
Lirik Through My Windows (Versi Bahasa Melayu)
Memang ku mahu segalanya
Fikir ku mampu laku semua
Ku melangkah dengan pasti
Ku mampu laku sendiriSekelip mata hari baru pun tiba
Beritahu lagi cara baru
Perasaan ku berbunga
Harapan ku mula ada(korus)
Ada kau aku kita kan bersatu?
Kau aku akhirnya bersama
Di Jendela ku melihat
Segala ku inginkan
Kau aku kita kan bersatu
Berbeza namun tetap mesra
Pabila ku lihat kamu
Impian nyata ku tahuRasa hati mula membara
Penantian tiada ku rasa
Tak mampu ku hidup tanpamu
Sendirian selamanya
*Kredit Video dari www.videokl.com dan lirik dari www.muaturun.org.
Nora Danish Tarik Diri Drama Spa Qistina?
Nora tidak disingkir dari produksi Spa Q tetapi Nora Danish Tarik Diri Drama Spa Qistina atas sebab jadual pengambaran yang sudah bertukar.

Nora mengulas isu penyingkirannya daripada drama Spa Qistina yang dikatakan telah diganti oleh Natasa Hudson kerana ada masalah disiplin.
Sebelum itu Nora juga dibabitkan dengan pergaduhan seorang lagi pelakon wanita (Fasha) yang baru dibawa masuk ke Spa Qistina, namun Nora menafikan yang dia terlibat.
Pemilik Global Station Sdn. Bhd. Zaiton Mohd Jiwa, juga menafikan perkara yang sama dan menambah yang semua artis dalam produksinya profesional ketika bekerja.
Zaiton menambah, pihak astro ada membuat preview Spa Qistina dan kurang berpuas hati dengan kualiti lalu menyarankan agar menggunakan Video Kamera HD( High Defination). Akibatnya Zaiton terpaksa menghentikan pemgambaran selama 4 hari serta mencari pengarah dan kru baru yang punya pengalaman mengendalikan perlalatan HD.
Perkara itu menjejaskan jadual pelakon dan kerana itulah juga si Nora menarik diri kerana jadual baru bertindih dengan jadual komitmen sediada yang lain.
Antara pengambaran yang bertindin itu ialah pengambaran Jangan Pandang Belakang Congkak 2.
Sumber : MetroAhad

Ulas Nadia Kahwin Damian Mikhail Siapa Kishz?
Minggu lepas Ayah Nadia membuat statement di Melodi yang perkahwinan antara anak perempuannya Nadia dengan Penyanyi kumpulan VE Damian Mikhail tidak sah kerana tidak mendapat restu bapa perempuan dan tiada bukti mereka telah bernikah.
Boleh lihat video berikut untuk melihat kenyataan ayah Nadia :

Hari ini Nadia membuat kenyataan balas mengenai hal sebenar. Nadia mengaku ada sedikit salah faham dia dengan ayahnya disebabkan ada pihak ketiga yang dengki dengan hibungannya dengan Damian.
Nadia juga memberitahu yang dia dikurung dirumah oleh ayahnya, dan tidak diberi peluang untuk menjelaskan perkara sebenar kepada media dan orang luar.
Kini dia sudah keluar dari kongkongan itu dan cuba untuk memperbaiki apa yang tidak betul.
Boleh tonton video dibawah untuk mengetahui siapa pihak ketiga yang dimaksudkan Nadia yang menjadi punca kekalutan ini :
Kami harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik.
Download Video Drama Nur Kasih Episod 23 Tanpa Iklan
Tinggal tiga lagi episod Drama Nur Kasih ditayangkan di TV3 sebelum tamatnya musim pertama dan seperti yang kita tahu siri kedua tidak akan ditayangkan ditelevisyen kerana penerbitnya, Khabir Bhatia ingin membuat Filem bagi sambungan cerita yang seterusnya. Boleh rujuk topik kami yang lepas disini : http://blog.selebriti.tv/nur-kasih-2-akan-di-filem-kan-vcddvd/.

Bagi korang yg terlepas episod 23 kelmarin boleh tengok ulang tanyang videonya dibawah:
Mana yang nak muaturun Drama Nur Kasih Episod 23 download dibawah ini :-
http://www.megaupload.com/?d=3HP5XCFY
Sipnosis Nur Kasih Episod 23:
Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan sebagai hilang.
Enjoy!
(Gambar) Aksi Nakal Scha AlYahya Kimono Jepun
Terkejut bila kami terima email bergambar awek Jepun berKimono ni, dari gaya bodylanguage kami rasa macam kenal awek tu sapa. Betul tekaan kami bila dapat tahu gambar awek tersebut ialah Scha Al-Yahya.


Last but not least, gambar nakal scha yg kami maksudkan:

Malam ini Scha akan muncul dalam Malam Sehati Berdansa Musim Ke-3. Minggu lepas kami dapat tahu Malam Sehati Berdansa dibuat secara rakaman dan bukan Live. Kami tak pasti samada format ini dirancang kerana pihak produksi mahu semunya berjalan lancar dan menepati masa. Ataupun mereka mahu beri peluang kepada Scha dan pasangan artis untuk menyesuaikan diri dengan rancangan tersebut.
(Update : Malam Sehati Berdansa memang guna format rakaman sejak musim pertama, dan hanya pertandingan akhir sahaja dibuat secara Live! thanks to scha alyahya admin)
Apapun Scha tetap sempoi!
*pictures credit to Scha Al-Yahya Fan Page : www.facebook.com/scha.alyahya
Rumah Banglo Raja SMS Mawi dan Ekin
Masih ingat lagi cerita “Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya”? Ya! Dalam cerita tu korang semua dah tengok sendirikan betapa besarnya Rumah Banglo milik Raja Sms Mawi World dan isterinya Ekin.
Baru-baru ini Mawi mengajak rakan wartawan bertandang ke rumah banglonya di Bangi, Selangor bersempena majlis kenduri doa selamat dan sambutan hari lahir isterinya, iaitu Ekin yang ke-30.
Sebelum Mawi agak keberatan wartawan mengambil gambar banglonya, mungkin masa itu hiasan rumahnya belum sempurna lagi, sekarang ni dah boleh dikatakan serbalengkap tu pasal dah boleh tanyang kat orang. Mereka berdua telah pun berpindah dan tinggal di sana sebaik sahaja bernikah. Mari kita lihat deretan gambar hiasan dalaman rumah Banglo Mawi Ekin:

ruang tamu utama.

bilik tidur.

dining room.

lobi tingkat atas.

sudut istirehat.

meja pool tempat Mawi hilangkan bosan.
Sapa yang masih belum tengok Rumah Mawi dalam bentuk video boleh la tengok cerita Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya ni:-
Part1 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part2 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part3 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part4 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part5 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part6 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part7 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part8 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part9 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part10 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part11 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Part12 Rumah Baru, Isteri Baru, Baru Raya:
Hari tu banglo Linda Onn, Sekarang Mawi, Lepas ni agak-agak banglo sape ek? Dato Siti dengan Dato K punya sapa ada berani amik? ermmm tapi rasanya masa rancangan memasak Selera bersama Dato Siti Nurhaliza bulan puasa hari tu berlangsung di rumah Dato CT kan? Nanti kami kumpulkan videonya semula untuk intai-intai Banglo DCT pulak.
Lisdawati Selamat Lahir Baby Kedua, Tahniah
Tahniah kami ucapkan buat pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi atas ketibaan anak kedua mereka yang baru saja lahir semalam.

Juara Sehati Berdansa Musim ke-2 ini menerima seorang bayi perempuan yang diberi nama Nur Aina Fazneesya selamat dilahirkan pada jam 2.40 petang semalam.
Berbelit juga kami nak sebut nama baby girl ni ye, hehe. Tak apa janji sedap dan baik maksud nama tu dah kira sesuai sangat.
Baby ini dilahirkan secara normal di Hospital Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur dan beratnya ialah 3.2kg.
Wah berat juga tu, mesti semangat dan comel baby Nur Aina ni. Kak Lis, nanti kalau dapat snap gambar baby tu jangan lupa kepil ke email kami ye. hehe.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada dua pasangan bahagia ni. Semoga baby tu sihat-sihat selalu
Fiqa Siti Nur Syafiqa Juara Gadis Melayu 2
Tahniah kami ucapkan kepada Fiqa atau nama penuhnya Siti Nur Syafiqa kerana baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Gadis Melayu Musim ke-2.

Gadis yang baru berumur 20 tahun ini berasal dari Parit Buntar, Perak. Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin masih belajar di IPTA mempunyai personaliti yang lemah lembut. Namun dia bijak berkomunikasi dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli biologi dan personaliti tv yang berjaya.
Malam Terakhir (Season Finale) Gadis Melayu menyaksikan Fiqa, berjaya mengenepikan empat finalis lain iaitu Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) – merangkul gelaran Gadis Melayu, yang berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada juara Gadis Melayu musim kali ini iaitu Fiqa, Siti Nur Syafiqa.
Sedikit Video Malam Terkahir Program Realiti Gadis Melayu TV9 Musim ke-2 :
Part 1 Gadis Melayu 2 Akhir.
Part 2 Gadis Melayu 2 Akhir.
Part 3 Gadis Melayu 2 Akhir.
* Sedikit pesanan daripada kami untuk bakal peserta Gadis Melayu Musim ke-3, kalau korang nak masuk dan nak jadi juara, silalah pertimbang untuk pakai tudung sebab dah dua musim berturut penonton pilih perempuan bertudung jadi juara Gadis Melayu, betul tak?












