Archive for October, 2009

Gambar Scha Fahrin Putus Cinta di Metro Selebriti

October 4th, 2009 03:05

Ingat lagi gosip Scha dengan Fahrin yang kami buat bulan lalu = http://blog.selebriti.tv/scha-putus-kasih-pisah-dengan-fahrin/ ?

Nampaknya gosip berkenaan telah menjadi kenyataan, buktinya ada pada artikel diselebriti Metro Ahad hari ini :

Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad Putus Cinta Kasih

Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad Putus Cinta Kasih

Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad masing-masing membuat pengakuan dan kenyataan berkenaan status cinta mereka.

“Saya redha dengan perpisahan dan berharap boleh lagi berkawan…,
Kami berpisah secara baik selepas mendapati kami kurang serasi untuk meneruskan hubungan cinta kekasih.”
Itu adalah diantara ayat yang keluar dari mulut Scha sendiri.

Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad Putus Cinta Kasih

Mereka yang sebelum ini hanya mahu diberi ruang sedikit kerana rimas dengan soalan demi soalan oleh rakan mahu pun wartawan mengenai hungungan mereka kini bertindak lebih agresif dengan mengeluarkan kenyataan perpisahan.

Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad Putus Cinta Kasih

Fahrin walaupun mengaku agak berat untuk meneruskan hubungan tetapi kata-katanya lebih bersifat berhati-hati (playsafe). Fahrin mengaku cabaran dalam bercinta dengan Scha adalah terlalu berat dan dia tidak mahu mengulas panjang menenai hubungan mereka setakat ini.

Bagaimanapun kami di blog selebriti.tv ada teori tersendiri. Mereka mungkin sengaja menjadikan perpisahan ini sebagai salah satu babak dalam episod percintaan mereka. Maklumlah tak lama lagi mereka akan digandingkan bersama dalam program realiti Sehati Berdansa. Jika mereka masih couple, sudah tentu lebih banyak perhatian mengenai percintaan mereka yang akan menyebabkan mereka rimas dan tertekan.

Bagi mengelak keadaan sebegitu berlaku mereka membuat keputusan awal untuk berpisah untuk sementara, dan apabila semuanya sudah reda dan mereka sudah betul-betul bersedia barulah mereka akan umumkan peringkat kekasih yang seterusnya, mungkin juga pertunangan ataupun pernikahan, sapa tahukan?

Blog Widget by LinkWithin
Page 3 of 3123

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results