Archive for August, 2009

SIMPLY SITI Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza

August 28th, 2009 02:37

Pelancaran SIMPLY SITI iaitu Produk Kecantikan artis kesayangan tanah air, Dato Siti Nurhaliza akan dilancarakan bulan November ini.

Majlis taklimat produk Simply Siti kepada rakan niaga dan media telah pun selamat dijayakan di The Zon Hotel, Kuala Lumpur beberapa hari yang sudah. Produk ini turut membuka kepada rakan niaga dalam bentuk franchais.

Tumpuan produk Simply Siti ini bukan sahaja untuk pasaran dalaman tetapi juga untuk luar negara terutamanya dinegara jiran. Simpli Siti akan bekerja sama dengan TEKUN NASIONAL bagi menjalankan program bimbingan usahawan.

Kami di Blog Selebriti yakin dengan populariti yang ada pada selebriti Dato Siti Nurhaliza, tentunya produk ini akan meletup-letup nanti. Tahniah kami ucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza yang kini telah pun menjadi usahawan kepada produk kecantikan jenama sendiri.

Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi pengusaha franchais produk ni, anda boleh download borang di http://simplysiti.com.my/

Gambar disekitar Majlis Pengenalan Produk Simply Siti :

simplysiti produk kecantikan Dato Siti Nurhaliza

Simplysiti Produk Kecantikan Dato Siti Nurhaliza

Download Yuna Dan Sebenarnya Rocket Live

August 26th, 2009 14:35

Baru-baru ini Yuna ada membuat persembahan bersempena dengan Majlis Anugerah NextGen Contentpreneur Award 2009.
Yuna membawa dua buah lagu secara live sambil memetik gitar iaitu Dan Sebenarnya dan Rocket.

yuna live video at NextGen Contentpreneur Awards

Yuna nampak relex duduk diatas pentas ketika mendendangkan kedua-dua buah lagu.

Boleh lihat rakaman live video yang sempat dirakam ketika majlis tersebut disiarkan secara langsung di televisyen :

Yuna – Dan Sebenarnya.

Lirik Dan Sebenarnya:

Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

[Bridge]
Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Yuna – Rocket.

Lirik Rocket.

You’re like a rocket in my mind
That’s waiting to define everything about me no one knew
And you stick like a poster on my wall
As if you dont wanna move

I got no money in my pocket
Nobody to rock with but you
But you know me I don’t seem to roll
Somehow we managed to get through

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it’s alright
At least I get to see you tonight
Tonight

I can’t believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of — to save me
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you’re gonna stay

It’s like I’m picking up a miracle off the sidewalk
Like kitten in the box
Don’t contemplate yourself, you say
Cause you’re all you’ve got
I’m a — and pathetic
At the same time unlike you
Baby you’ve got no move
And you think I’m good at what I do

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it’s alright
At least I have you home tonight
Tonight

I can’t believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of — to save me
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you’re gonna stay

You’re like a rocket in my mind
Waiting to define everything about me
You’re like a poster on my wall
Sticking, don’t wanna fall
As if you dont wanna move

Enjoy!

Mas Idayu dan Black Juara Mentor TV3 Intim?

August 26th, 2009 14:20

Ingat lagi aksi Black memeluk Mas Idayu ketika diumumkan pemenang Mentor Musim ke-3?

black mentor peluk mas idayu

Kali ni kami ada video terjah Mas Idayu dan Black Juara Mentor TV3 dilihat intim di bazaar ramadhan?

Sebenarnya mereka berdua tersempak dengan Samsul Ghau ghau sempena program Samsul @ Bazaar Ramadhan.

Semasa diaju soalan kepada Black tentang makanan kegemaran, Black menjawab kuih sampan yang juga popular dengan nama tepung pelita, Mas Idayu dengan mesra menyapa pipi Black ( lihat minit 1:14). Black pun dengan pantas megang tangan Mas yang ganas tetapi lembut itu daripada meliar.

Black pun macam tahu je masakan kegemaran Mas Idayu, Rendang Daging jawab Black.

Dua-dua ni nampak shopping sakan, ye la sorang rm 100 ribu ringgit kan menang mentor hari tu mestilah tengah loaded kan.

hehe.. jangan marah eh Black dengan Mas Idayu, kita kat blog selebriti ni gurau-gurau je. Comel anak Mas Idayu macam emak dia jugak. Black, bila nak keluar album baru? Tak sabar nak dengar suara Black terutama bila tarik pecah tekak tu.

Di bawah ni ada video Black dan Mas Idayu masa program Samsul at Bazaar. Enjoy :

Video Majlis Perkahwinan Norman KRU dan Noniswara

August 24th, 2009 07:23

Jangan anda silap, Norman KRU bukan kahwin dengan Noniswara tetapi kami cuma menggabungkan dua topik menjadi satu iaitu topik Video Majlis Perkahwinan Norman KRU dan Video Majlis Perkahwinan Noniswara. Ini kerana kami diselebriti.tv ingin meletakkan kedua-dua video didalam satu entri. Sekaligus orang cakap.

Gambar Majlis perKahwinan Norman Kru dengan Shireen

Video Majlis Perkahwinan Norman KRU dan Shireen Hashim.

Komen Norman KRU : Kami harap kami dapat anak..dan kebahagian hingga keakhir hayat, insya’Allah

Video Majlis Perkahwinan Noniswara Baharudin dan Datuk Rosman.

Komen Datin Noniswara kepada hubby: Dato ni orang yang…ehehe.penyabar, humble, jujur, bila jumpe tu macam tenang sejuk, penyayang.. dan workoholic (kuat bekerja).

Tahniah kepada kedua-dua pasangan pengantin.

Gambar Majlis Kahwin Noniswara dengan Datuk Rosman

Kami diBlog Selebriti mendoakan kedua pasangan kekal bahagia hingga keakhir hayat.

Luahan Hati Myspace Fasha memihak kepada Qabil?

August 24th, 2009 05:30

Nur Fasha Sandha kelmarin telah membuat satu kenyataan didalam blog Myspacenya.

Satu luahan hati yang mungkin tidak pernah diberitahu dan diterbitkan oleh mana-mana media hiburan tempatan.

Artikel blog yang bertajuk LUAHAN HATIKU itu bakal memberi sedikit jawapan kepada persoalan yang sering meracau fikirannya buat masa ini, iaitu siapakan jejaka yang bakal dinobatkan sebagai kekasih sebenar malah diterima sebagai teman sehidup semati Fasha.

Sebelum itu kami, ada membuat spekulasi didalam artikel yang lepas dimana Fasha bakal memilih Qabil sebagai bakal suami berbanding Rizal (Jejai). Anda boleh baca rentetan blog kami disini : http://blog.selebriti.tv/fasha-sanda-kahwin-dengan-qabil-ambak/ dan disini : http://blog.selebriti.tv/gosip-cinta-3-segi-fasha-jejai-rizal-dan-qabil/.

Fasha Sanda Kahwin Qabil Ambak

Dibawah ini kami kepilkan isi kepada luahan hari Fasha Sanda :-

—————————–Mula————————–

Salam Ramadhan buat semua sahabat yang saya sayangi di Myspace. Terima kasih kerana masih sayangkan saya,masih ambil tahu tentang perkembangan saya,masih menghantar comments dan masih bertanya khabar mengenai saya sehingga ke hari ini. Maafkan saya,tak dapat balas semua. Insyaallah jika ada kelapangan saya akan balas dan approve semua friend request. Insyaallah esok jika ada kelapangan saya akan upload gambar2 terbaru ya.

Saya sudah selesai shooting filem ‘4madu’ arahan prof razak, drama ‘lakar’ arahan aziz m osman dan drama ‘madu di tasik hempedu’ arahan murali. Drama bersiri ‘cuci2 the series’ akan ditayangkan di rtm tak lama lagi. Jangan lupa tengok ya dear!!

Perkembangan terbaru,saya baru selesai pengambaran iklan Habib jewel. 25hb august saya akan mula shooting drama terbaru saya untuk tv3 yang bertajuk ‘akulah perempuan itu’ arahan fairuz loy. Akhir September nanti saya akan memulakan pengambaran filem terbaru saya yang bertajuk ‘langkawi kamikaze’. Alhamdulillah,masih ada rezeki dalam bidang ni walau macam2 cerita tak enak tentang diri saya diperkatakan banyak pihak baru2 ni.

Saya dapat macam2 pertanyaan dari anda semua tentang hubungan saya dengan rizal ashram(jejai) dan juga tentang perkahwinan saya dan ekuin Negara qabil. Jadi,dengan kesempatan yang ada di buletin ni,biar saya jelaskan kepada semua sahabat yang betul mengambil berat tentang diri saya. Terima kasih kerana bertanya pada saya,ini menunjukkan anda semua masih sayang dan ingin mengambil tahu tentang diri saya. Love u all my friends!!….

JEJAI.

Saya amat terkejut dengan penyebaran gambar2 saya bersama jejai di internet kebelakangan ini…saya tidak tahu apa motif penyebaran gambar saya dengan dia. Ya,Memang saya pernah berkawan rapat dengan rizal ashram(jejai). Saya mengenali jejai sejak tahun 2005 sebelum dia berkahwin dengan nora Danish. Harus saya jelaskan disini,memang saya tidak pernah bercinta dengan jejai ketika dia masih suami nora Danish.

Saya dan jejai menjadi rapat sejak januari tahun ini iaitu 6 bulan setelah Nora Danish bercerai. Dia adalah teman rapat saya pada ketika itu. Kami selalu berjumpa dan dia adalah lelaki yang istimewa utk saya pada ketika itu.

Memang betul, jejai pernah melamar saya. Dia melamar saya pada tanggal 3 january awal tahun 2009. Saya beritahu mama dan keluarga tentang perkara ni tapi mereka menentang. Saya yakin keluarga jejai juga tentu tidak suka dengan hubungan ini kerana jejai sudah punyai seorang anak hasil perkahwinan dengan nora. Tetapi itu semua kisah lama,kami sudah tidak rapat seperti dulu lagi kerana mama saya menghalang saya terlalu rapat dengan jejai diatas macam2 sebab. Saya menghormati permintaan ibu saya kerana saya terlalu sayangkan mama saya. Mama adalah nyawa saya. Saya sanggup mati demi mama.

Saya faham,sebagai seorang ibu, mama mahukan yang terbaik untuk masa depan saya. Mama sedih setiap kali orang berkata yang tidak baik tentang diri saya. Orang menuduh saya punca penceraian Nora dan jejai sedangkan orang tidak tahu cerita yang sebenar.. Walaupun hubungan kami dihalang, Saya dan jejai terus berhubung sehinggalah pada tanggal 11 feb, saya mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan apa2 hubungan dengan jejai lagi kerana terlalu tertekan. Saya terlalu tertekan kerana saya dipersalahkan sedangkan orang tidak tahu perkara sebenar. Kami tidak berhubung selama hampir sebulan sehinggalah pada 7 march, jejai menghubungi saya dan merayu2 supaya memaafkannya. Ketika itu saya berada di Pasir Gudang,Johor.. Jejai terus menghantar sms dan menghubungi saya setiap hari selepas itu walaupun saya tidak peduli dengan rayuannya. Pernah juga jejai menunggu dihadapan rumah saya selama 4 jam untuk bercakap dengan saya.Jejai tetap mahu saya berkawan dengannya walaupun tidak jadi seperti dulu. Saya setuju setelah berminggu-minggu dia memujuk saya.

Walaupun sudah tidak ada sebarang hubungan istimewa, saya dan jejai masih berkawan selepas itu. Di mata saya pada ketika itu,dia seorang lelaki yang baik ,selalu mengambil berat tentang diri saya dan keluarga dan saya tahu dia perlukan saya dalam hidupnya sebagai seorang kawan. Walaupun ramai org berprasangka yang tidak elok ttg dirinya .,saya tetap berkawan dengan jejai ketika itu. Pernah juga kami mencuba utk kembali bersama selama beberapa kali tetapi gagal. saya rasa masyarakat tidak harus menunding jari pada sesiapa tentang penceraian Jejai dan isterinya. Hanya mereka berdua yang tahu apa yang tidak kena pada rumahtangga mereka. Lagipun soal jodoh,ditangan tuhan. ….

Tidak dinafikan,saya menjadi mangsa tuduhan,.sering dihina dan sering difitnah. Macam2 fitnah orang lemparkan pada saya tapi saya bersyukur pada yang maha Esa kerana keluarga, teman2 rapat saya masih mempercayai saya kerana mereka tahu perkara sebenar yang berlaku antara saya dan jejai. Mereka adalah saksi saya.

Kesimpulan tentang hubungan saya dan Jejai,kami pernah menjalinkan hubungan istimewa sebelum ini ,tetapi kami hanya berkawan selepas itu sehingga tarikh 18 August 2009. Sekarang tidak berhubung lagi. End.

QABIL AMBAK.

Saya mengenali Qabil Ambak pada August 2008 di Polo Gala dinner. Saya diperkenalkan oleh rakan saya yang bernama Faris. Faris yang menjemput saya ke majlis polo tersebut.Ketika pertama kali pertemuan kami,jejai turut berada di sana. Saya ke majlis tersebut bersama kakak angkat saya iaitu maria farida. Selepas majlis tersebut,kami menjadi kawan dan berhubung melalui sms. Dia sering bertanya khabar dan begitu juga saya. Saya pernah pergi ke rumah Qabil dan pernah berjumpa famili Qabil di open house pada hari raya ke3 tahun lepas. Kami menjadi kawan baik dan lebih rapat selepas Qabil datang membantu saya di SJMC dan Damansara specialist pada 12 feb 2009. Saya terpaksa ditahan selama 2 hari di hospital kerana mengambil pil tidur berlebihan. Saya mengalami insomnia pada ketika itu kerana tekanan perasaan yang saya hadapi menyebabkan saya sukar untuk tidur. Qabil adalah sahabat yang paling rapat dengan saya pada waktu itu sehingga ke hari ini. Kami pernah membincangkan bermacam2 topik tentang kehidupan. Dia seorang yang positif dan mengajar saya untuk menjadi seorang yang positif. Kami berhubung setiap hari sekarang walaupun jarang berjumpa. Dia juga baik dengan keluarga saya. Dia adalah lelaki yang rajin bekerja dan seorang pendengar yang baik. Dia juga sering memberi nasihat pada saya supaya menjadi seorang yang lebih baik. Semoga persahabatan kami berkekalan.

KAHWIN.

Ini adalah pengakuan saya yang iklas. Sepanjang hidup saya,sudah 4 kali saya dilamar untuk dijadikan isteri dan sudah 4 kali saya menerima cincin.

Lamaran pertama adalah pada tahun 2007 oleh Ally Iskandar. Saya menolak secara baik walaupun mama dan keluarga sukakan Ally. Saya menolak kerana kerana saya hanya menganggap dia sebagai seorang abang. Dia terlalu baik untuk saya.

Lamaran ke2 adalah daripada seorang VVIP yg sangat dikenali dari Brunei pada pertengahan 2007. Saya menolak kerana saya langsung tidak mengenali vvip tersebut. Dia seorang peminat (tak mungkin saya ingin berkahwin dengan orang yang saya langsung tidak kenal).

Lamaran ke3 adalah daripada Jejai pada Januari 2009. Saya mengambil masa yang panjang untuk berfikir tentang perkara tersebut kerana terlalu banyak masalah yang akan saya hadapi sekiranya saya berkahwin dengan jejai…..

Lamaran yang ke 4- pada pertengahan Mac. Siapa lelaki itu? Siapa lelaki yang akan menjadi suami saya? Insyaallah,saya akan umumkan pada hujung tahun ni. Saya Cuma minta agar jangan diberikan sedikit masa diatas sebab2 tertentu. Saya hanya menunggu masa yang sesuai . Doakan agar tidak ada aral yang akan menganggu hubungan kami. Bukan saya tidak mahu berterus terang sekarang,..saya khuatir jika saya beritahu sekarang, perkara lain pula akan jadi. Lebih elok saya umumkan apabila masa yang sebenar sudah hampir tiba. Apapun, Kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan.

CINTA.

Cinta saya adalah pada kerjaya saya,

keluarga saya iaitu mama,daddy,farra sandha,fasyina sandha,Daniel,elisya sandha,mahsuri,dani raiyan,amirul….

Pengurus saya,Nik yasmin dan p.a saya iaitu Jane Thomas.

Sahabat karib saya sejak dibangku sekolah lagi iaitu nana, kakak angkat saya,Maria Farida.adik angkat saya iaitu Natasha dan jimbit, juga Kawan baik saya saerah dan Hafiz.

Tak lupa,

Cinta saya padaTeman2 saya di myspace yang selalu bagi semangat pada saya.Semoga ketemu lagi. Salam ramadhan. Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati saya.

Terima kasih juga pada bloggers yang tidak jemu2 menghentam saya. Menabur fitnah. Memburukkan saya. Selagi anda masih menulis tentang saya (samada baik atau buruk),ianya membuktikan anda masih ingin ambil tahu tentang saya. Walaupun apa yang anda tulis adakalanya membuat saya menangis,saya tetap hargai.

Thanks again,

Nur Fasha Sandha

—————————–Tamat ————————–

Apa pendapat Anda?

Adakah anda rasa Fasha masih berkasih dengan Jejai seperti sahabat kita di Ohbulan tu? hehe

Kami rasa tentu Ohbulan terkilan sebab diorang memang nak tengok Fasha dan Jejai bersama, siap nafikan kenyataan Fasha diakhbar bahawa gambar Fasha dengan Rizal (Jejai) adalah baru dan masih fresh. Sedangkan dalam akhbar tu dah jelas Fasha tolak Jejai dan kini digosipkan dengan Ekuin Negara iaitu Qabil Ambak.

fasha sanda kahwin pilih qabil ambak jadi suami

Telahan kami kini 65% Fasha akan kahwin dengan Qabil. Anda pula macam mana?

Gambar Scha dan Fahrin di Kolam Renang?

August 23rd, 2009 07:16

Apa Scha Al-Yahya dan Fahrin Ahmad buat Swimming Pool ye?

Oh! si abang Fahrin sedang mengajar Scha berenang eh? hehe.

Sape nak tengok Scha Al-Yahya dan Fahrin dalam pakaian renang (swimming trunk) boleh tengok gambar dibawah :

gambar scha dan fahrin pakai baju renang

Sebenarnya Scha sedang mengikuti sesi belajar berenang bersama abang Fahrin.

Sedang Scha sibuk bermain air, situasi menjadi cemas apabila Scha seperti tidak dapat mengawal apungan dan lemas didalam kolam. Fahrin dengan kalutnya cuba menyelamatkan Scha. Ikuti babak tersebut didalam rentetan gambar yang sempat kami rakam dibawah :


scha lemas dalam cinta fahrin

scha lemas dalam cinta fahrin

scha lemas dalam cinta fahrin

Hehe, sebenarnya diorang ni berlakon dalam satu drama Lemas Dalam Cinta di TV1 kelmarin

Dalam cerita Lemas dalam Cinta, Scha pada mula memendam perasaan terhadap Fahrin walaupun sebenarnya Fahrin sudah berteman. Teman Fahrin berada di luar negara pada ketika itu. Dalam masa yang sama Scha juga sedang diburu oleh teman tempat belajar. Keadaan menjadi kecoh apabila teman wanita Fahrin pulang ke Malaysia. Tak payah cakap banyak lagi, boleh tengok terus video Lemas Dalam Cinta ni dibawah :









p/s: Asik muka couple ni je masuk TV, korang tak muak ke? Iklan Celcom pun diorang, drama ni pun diorang gak, lepas ni apa kata buat filem, baru la lengkap kan?

Gambar Tam Spider Aida Mustaffa Bertunang

August 23rd, 2009 01:06

Tam Spider dan Aida Mustaffa telah selamat diikat pada majlis pertunangan mereka di Pontian 15 Ogos lalu.

tam spider aida mustaffa bertunang

Tam memberitahu yang dia sengaja tidak mahu heboh kerana ini baru majlis bertunang, nanti bila tiba majlis pernikahan baru Tam jemput semua selebriti, artis dan semua rakan media.

Cadangnya mahu membuat majlis perkahwinan selepas raya puasa, tetapi masih belum menetapkan lagi tarikh perkahwinan.

Ai? tau la lepas raya tu panjang, tapi bulan berapa? takkan tak letak lagi tarikh kalau nak kahwin dua tiga bulan lagi kan? Nak tempah andam, baju, wedding planner kurang-kurang dua tiga bulan sebelum majlis kene prepare betul tak?

Ditanya perkembangan terbaru Tam, dia cakap dia sedang sibuk menyiapkan single terbaru yang bertajuk Ajaib di studionya sendiri.

Nurul Syuhada Mejar Faiz Berpisah? Raja Amir Teman Baru?

August 22nd, 2009 01:44

Kami baru saja menerima berita yang selebriti, personaliti tv popular Nurul Syuhada Nurul Ain telah pun berpisah dengan Angkasawan Negara ke-2 iaitu Mejar Faiz. Hal ini disahkan oleh kawan rapat Nurul Syuhada dari Kustem.

nurul syuhada mejar faiz berpisah

Nurul Syuhada dijadualkan akan bertunang pada 4 julai 2009 lalu, namun ianya terkpaksa dibatalkan atas alasan masih terlalu awal dan Nurul belum bersedia. Namun disebalik itu Nurul sebenarnya sudah mempunyai pilihan lain. Pengganti kepada Mejar Faiz ialah seorang pelajar di Unicef bernama Raja Amir.

Gambar Nurul Syuhada ketika masih bersama Mejar Faiz

Gambar Nurul Syuhada ketika masih bersama Mejar Faiz

Menurut sumber terdekat, Mejar Faiz sudah pun membuat persiapan perkahwinan antaranya ialah cincin Diamond Solitare bernilai rm10 ribu ringgit, dewan di Putrajaya juga sudah ditempah dan mengambil Pak Engku sebagai pengurus perkahwinan. Namun mereka dilihat belum ada jodoh pada ketika ini, jadi terpaksalah pihak Mejar Faiz batalkan semuanya.

Teman baru Nurul Syuhada dikatakan anak orang berada, duduk di Sri Hartamas, dan agak sosial, mungkin itu lah ciri-ciri seorang lelaki yang Nurul Syuhada cari-cari selama ini. Mereka dilihat bersama disebuah majlis bersama pelajar-pelajar Unicef.

Siapakan Raja Amir? Ada sesiapa punya gambar, facebook, frendster, myspace, atau alamat blog nya? Kalau ada boleh la hantarkan kepada kami.

Kami di selebriti.tv ada membuat sedikit pencarian gambar Raja Amir dilaman sosial, dan ini yang kami jumpa :

nurul syuhada raja amir
Adakah ini Raja Amir Nurul?

nurul syuhada raja amir
Atau yang ini (lebih hansome)?

Tapi kami rasa mereka diatas tu bukanlah Raja Amir teman Nurul Syuhada sekarang, jadi kami menyeru kepada sesiapa yang punya gambar, facebook, frendster, myspace, atau alamat blog nya supaya dapat dihantarkan kepada kami. Terima kasih.

p/s: sekali pandang Nurul ni macam Preity Zinta artis Bollywood tu kan? Dua-dua manis orangnya.

nurul syuhada preity zinta

Gosip Fasha Sandha, Rizal, Ekuin Negara (Qabil)

August 21st, 2009 11:31

Gosip Fasha Sandha, Rizal dan Ekuin Negara (Qabil) dapat liputan di Harian Metro hari ini dengan tajuk Fasha Diserang!

Gosip ini keluar selepas sehari kami mengeluarkan topik yang sama (Gosip cinta 3 segi) di blog selebriti.tv

fasha sanda ekuin negara qabil rizal jejai

Sedikit artikel gosip Fasha Sanda di Harian Metro :

Sehari selepas seorang atlit ekuin negara mengakui menjalin hubungan istimewa dengan Fasha Sandha, pelakon itu teruk `diserang’ apabila beberapa gambarnya dalam pos istimewa bersama bekas suami pelakon Nora Danish, Rizal Ashram Ramli, muncul di Internet.

Gambar pelakon dan model iklan itu memaparkan kemesraannya bersama Rizal dengan berpakaian serba putih yang agak seksi.

Enam keping gambar yang dipercayai dirakam pada majlis sambutan hari jadi seseorang, dikirim kepada Harian Metro menerusi e-mel selain dipaparkan di beberapa laman web hiburan tanah air.

Beberapa gambar artis jelita itu bersama Rizal ketika berada di trek lumba kereta turut berlegar di Internet…

“Ia gambar lama dan saya tidak tahu apa motif orang menghantar gambar itu ke Harian Metro. Lagipun gambar terbabit bukan kami berdua saja tetapi beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 25, berkata gambar itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia bukan menunjukkan sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Rizal.

Menurutnya, buat masa sekarang dia hanya mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya, tambahan pula selepas menjadi model barangan kemas Habib Jewel.

Harian Metro Rabu lalu melaporkan ekuin negara yang enggan namanya didedahkan, mengakui hubungan dengan Fasha sudah terjalin sejak setahun lalu dan difahamkan mereka bakal disatukan awal Januari depan.

Ekuin berusia 29 tahun itu dilaporkan berkata, dia tidak mahu perkara itu diperbesarkan sebaliknya akan membuat pengumuman bulan depan.

“Sekarang masih banyak masa, jadi kalau boleh saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan. Apabila keadaan mengizinkan, saya akan memberi penjelasan kepada anda (wartawan) semua,” katanya.

Nampaknya Gosip perkahwinan antara Fasha dan Ekuin Negara Qabil menampakkan kebenaran apabila Fasha cakap gambar dia dengan Rizal adalah gambar lama.

Dan Ekuin Negara iaitu Qabil bakal membuat pengumuman berhubung gosipnya dengan Fasha bulan depan.

Sama-sama kita tunggu…

Blog Widget by LinkWithin
Page 1 of 512345

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.