Archive for July, 2009

Himpunan Twitter Artis dan Selebriti Malaysia

July 30th, 2009 02:16

Twitter ialah sebuah micro blog, lebih kurang macam blog tetapi ianya ringkas dan pantas. Banyak aplikasi boleh berkerjasama dengan twitter. Malah jika kita ada sambungan 3G kita boleh update blog twitter kita hanya dengan menaip pesanan ringkas.

twitter artis selebriti malaysia

Anda juga boleh mengikuti aktiviti selebriti twitter dengan mudah, hanya pergi kelaman twitter mereka dan klik pada butang “Follow” dibawah avatar. Follow twitter selebriti.tv di http://twitter.com/selebriti.

Berikut adalah senarai laman Twitter Artis dan Selebriti Malaysia :

A
@Abdullah_Habshi Syed Abdullah, penyanyi kumpulan Siarra Blast Off Hitz.tv
@Adamcarruthers Adam C, penyampai radio Hitz.fm
@AhmadIzhamOmar Ahmad Izham Omar, CEO 8TV
@AishahSinclair Aishah Sinclair, kakak kepada Ashraf Sinclair
@alexyoong Alex Yoong, bekas pemandu F1
@altimet Altimet, rapper daripada kumpulan Teh Tarik Crew
@afdlinshauki Pelakon dan Pengarah paling Hensem.
@ariannateoh Arianna Teoh, bekas Miss Malaysia
@ashrafsinclair Ashraf Sinclair, pelakon
@AshNair Ash Nair, penyanyi
@AtiliaHaron Atilia, penyanyi
@azwinandy Andy, drummer kumpulan Estranged *hensem*

B
@bclsinclair Bunga Citra Lestari, penyanyi dari Indonesia

C
@chelsiang Chelsia Ng, pelakon

D
@DJFuzzBSDJ DJ Fuzz, dj kumpulan Teh Tarik Crew

E
@Eanhitz Ean, penyampai radio Hitz.fm

F
@flizzow Joe Flizzow, penyanyi

G
@gengmovie Err.. Upin & Ipin?

H
@hujanband Dimas, kumpulan Hujan
@hunnymadu Hunny Madu, penyanyi & penyampai radio Fly FM

I
@ImranAjmain Imran Ajmain, penyanyi dari Singapura

J
@jasonlo1 Jason Lo, penyanyi
@JinnyBoy Jin, penyampai radio Hitz.fm
@JJhitz JJ, penyampai radio Hitz.fm
@joshlim Josh Lim, pengasas Advertlets

K
@KartunisUbi Ubi, dahulunya kartunis majalah Ujang
@khairyKj Khairy Jamaludin, Selebriti Pemuda.

M
@mpkotabelud Abdul Rahman Dahlan, ahli parlimen Kota Belud
@Mootsshuvit Moots, penyanyi daripada kumpulan Pop Shuvit

N
@NajibRazak Dato’ Seri Najib Razak, Selebriti Idola Malaysia.
@NanaEra Nana, penyampai radio Era
@nazrilidrus Nazril Idrus, penasihat kewangan. Suami Sazzy Falak
@nohsalleh Noh, penyanyi kumpulan Hujan
@Noribadawi Nori Badawi, isteri Khairy Jamaludin

P
@paullmf Paul Moss, juri Malaysian Idol

R
@RaqeemBrian Brian, pengurus Hitz.fm aka suami Nana Era

S
@SazzyFalak Sazzy Falak, pelakon
@serenachoong Serena C, penyampai radio Hitz.fm

T
@tonyfernandes Dato’ Tony Fernandes, Pengasas Airasia

Y
@yunazarai Yuna, penyanyi
@yyusuff Datuk Yasmin Yusuff

Z
@ZeeAvi Zee Avi, penyanyi

Jika anda tahu Twitter artis dan selebriti Malaysia yang tidak tersenarai diatas, sila tinggalkan alamat twitter mereka di ruang komen dibawah. Terima kasih. ;)

kredit penghimpun asal ~ chokilala.com

Gambar Lengan Modonna Tanpa Lemak

July 28th, 2009 23:19

Madonna di khabarkan menghidapi penyakit ganjil sehingga lemak di lengannya susut dengan kritikal hingga menampakkan tulang dan otot.

madonna lengan tanpa lemak

Tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku kepada Madonna, sebab kami pun dapat gambar ni dari internet dah hanya terdapat info gurauan bersamanya. Tidak ada fakta sebenar yang menggambarkan kenapa Madonna menjadi sedemikian. Adakah ianya susulan dari proses penuaan yang extream? Jika anda tahu boleh email kepada kami atau tinggalkan saja komen dibawah.

Yasmin Ahmad Akhirnya Meninggal Dunia

July 25th, 2009 23:39

Yasmin Ahmad akhairnya di beritakan telah meninggal dunia akibat pendarahan otak susulan pembedahan yang di lakukan kelmarin.

Kelmarin Yasmin Ahmad di katakan Jatuh di Sri Pentas dan terkena serangan strok. Yasmin Ahmad telah di bawa ke hospital dan berjaya stabil setelah menjalani pembedahan otak.

Namun dalam jam 11:25 malam 25 Julai 2009, Yasmin Ahmad di katakan sudah menghembuskan nafas terkahir di Hospital Pakar Damansara akibat pendarahan otak.

Gambar Yasmin Ahmad bersama rakan Fatimah Abu Bakar

Gambar Yasmin Ahmad bersama rakan Fatimah Abu Bakar

Antara rakan dan artis yang di lihat hadir di Hospital ialah Datin Norkiah Ahmad, Dr Jamilah, Fatimah Abu Bakar dan Aznil Hj Nawawi.

Yasmin Ahmad akan di kebumikan Masjid SS19 Sebelum Zohor pada 26 Julai 1009 bersamaan Hari Ahad.

Yasmin Ahmad Terselamat dari Maut?

July 23rd, 2009 16:20

Kami mendapat berita Yasmin Ahmad yang digosipkan memilih untuk menjadi wanita sebelum ini dikenali sebagai Zulkiflee Ahmad baru terselamat dari maut apabila berjaya menjalani pembedahan otak.

Puncanya kemalangan berlaku apabila Yasmin Ahmad telah terjatuh dengan agak teruk di Sri Pentas TV3. Dia tidak sedarkan diri terus dikejarkan ke hospital bagi menjalani pembedahan otak. Khabar angin cepat menyatakan yang dia sudah mati.
Namun berita yang baru kami terima menyatakan Yasmin kini stabil setelah berjaya mengharungi pembedahan otak.

yasmin ahmad mati

Yasmin Ahmad sebelum ini di katakan sebagai seorang khunsa, iaitu mempunyai kedua-dua jenis kemaluan.
Dia dikaitkan dengan Zulkiflee Ahmad yang pernah merakamkan lagu bersama Rubiah Lubis dengan lagu Tunggu lah.

yasmin ahmad lelaki

Jika betul pun gosip tu, bagi saya tidak salah jika Yasmin memilih untuk menjadi wanita dan meninggalkan sifat lelaki sepenuhnya. Itu adalah pilihannya.

Walaupun masih ramai yang kurang selesa dengan karyanya, namun untuk seketika ini ada baiknya kita mendoakan agar dia cepat sembuh.

(Video) Kaka Slank Buka Seluar di Anugerah Planet Musik

July 19th, 2009 01:53

Video Panas Kaka Slank Buka Seluar di Anugerah Planet Musik 2009

Vokalis kumpulan Slank dari Indonesia, Kaka telah membuka seluar jeans nya dan menampakkan seluar dalam yang tertulis “Bombers Kiss my”.

kaka slank buka seluar di apm2009

Adegan spontan itu telah menimbulkan sedikit konrolvesi mahu pun tujuan Kaka mahu mempotes kejadian pengeboman di Hotel Mewah di Indonesia selang beberapa hari sebelumnya.

Ramai menganggap adegan itu tidak patut di lakukan kerana ianya ditontoni oleh pelbagai lapisan umur secara langsung ke tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Di takuti kanak-kanak yang masih belum matang akan meniru perbuatan Kaka yang membuka seluar di publik.

Terpulang pada masing-masing, namun penulis sendiri juga berfikir ianya kurang sesuai kerana banyak lagi cara yang lebih baik dan efektif bagi mejunjukkan rasa tidak puas hati dengan kejadian pengeboman di Indonesia.

Yang pastinya bukan saja Kaka, tetapi penganjur dan penyiar langsung juga bakal menerima tempias dengan kritikan yang diterima oleh media serta orang awam.

Semoga ianya dijadikan ikhtibar.

Black Juara Mentor TV3 Peluk Mas Idayu

July 13th, 2009 18:23

Tahniah buat Black Mentor TV3 kerana berjaya menewaskan dua lagi pencabarnya di peringkat akhir iaitu Chaq dan Fira dengan membawa pulang RM100,000, trofi dan sebuah kereta Kia Spectra 5.

Gambar Black juara mentor 3 mas idayu

Black pada mulanya di lihat tenggelam ketika duetnya bersama Mus (May) dan Shamrin (Fotograf) untuk medley lagu “Alam Fana Cinta” dan “Sinar” tetapi bangkit dengan lagu solo ‘Aku Rindu Sayang Kamu‘.
Black dilihat cukup bertenaga dengan vokal yang mantap walaupun mendapat sedikit kritik dari juri dari segi gerak tari.

Bagaimanapun pretasi Black Mentor 3 ternyata lebih baik berbanding Fira dan Chaq telah mendapat pengundian Juri dan penontoh apabila mendapat peratusan tertinggi sebanyak 75% berbanding 35.6% untuk Fira dan 52.8% untuk Chaq.

Walaupun tewas kepada Black Mentor 3, Chaq dan Fira masih boleh tersenyum apabila turut membawa masing-masing pulang RM30,000 dan RM10,000.

Tahniah kepada Mentor dan TV3 kerana telah berjaya mencipta juara yang benar-benar berbakat di mana mampu untuk bersaing dengan juara program realiti lain seperti Hafiz untuk Akademi Fantasi 7 dan Shah Indrawan @ Tomok untuk OIAM3.

Juri pertandingan akhir Mentor 3 ialah Acis, Zainal Abidin dan Sheikh Haikal manakala tugas pengacara di pegang oleh Ally Iskandar.

Di sebalik kegembiraan Black Mentor 3, terselit gosip hangat apabila Black mendakap rapat Mas Idayu.

Black Mentor Peluk Mas Idayu

Namun ramai mungkin melihat ianya hanya ikatan antara Anak dan Ibu. Terpulang kepada penonton.

Apa pun kami di selebriti.tv ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Black dan Mas Idayu sebagai juara Mentor Musim ke-3.

Video Upacara Peringatan Michael Jackson The Memorial Live

July 8th, 2009 04:09

Michael Jackson merupakan idola kebanyakan penggemar music dan seni. Sepanjang 50 tahun perjalanan hidupnya di habiskan bagi menghiburkan segenap lapisan masyarat di dunia. Hasil kerjanya selalu sahaja mendapat sambutang yang luar biasa tidak kira semasa menghasilkan album mahu pun ketika membuat persembahan. Ada sahaja kejutan dan aksi yang membuat peminat histeria dan tergilakannya.

Michael Jackson 1959-2009 RIP

Beliau bukan saja disegani sebagai artis tetapi sebagai duta dunia yang menyatukan semua manusia tanpa batasan bangsa atau keturunan. Kerja amalnya di iktiraf bukan sahaja di US tetapi turut diterima baik di negara lain. Sikap-nya yang lembut dan peramah membuatkan sesiapa sahaja disekelilingnya merasa senang. Ini di akui sendiri oleh sesiapa sahaja yang pernah bergaul dengannya terutamanya dari keluarganya sendiri.

Namun sebagai artis juga selebriti terkenal, Michael Jackson tidak dapat lari dari sebarang kontrolvesi, isu pembedahan plastik, isu kes cabul kanan-kanak, hutang, masalah keluarga, hal agama, dan sehingga beliau mati pun masih meninggalkan kontrolvesi. Terbaru di katakan Michael Jackson di kebumikan tanpa otak, ini kerana kerja autopsi (bedah siasat) masih belum sempurna dan keluarganya masih ingin tahu punca sebenar kematian Michael Jackson.

Berlangsung di Staples Center, Los Angeles satu upacara memperingati Michael Jackson diadakan bagi memberi penghormatan terakhir kepada mayatnya.
Lebih kurang 11,000 orang membanjiri kolosium tertutup itu dengan di hadiri ramai artis dan sahabat terdekat Michael Jackson. Antara artis selebriti yang turut serta ialah Mariah Carey, Usher, Lionel Ritchie, Stevie Wonders, Brooke Shields,Quincy Jones dan Elizabeth Taylor.
Persembahan bagaikan konsert ini di selangi dengan ucapan dari kenalan terdekat Michael Jackson. Ramai daripadanya tidak dapat menahan sebak lalu menangis ini termasuklah Paris Jackson, seorang dari tiga anak Michael Jackson di akhir majlis.

Bagi mereka yang tidak berksempatan melihat siaran langsung di TV, di bawah ini ada video dari Youtube yang merakamkan upacara tersebut :




Michael Jackson (1958-2009)

Blog Widget by LinkWithin

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.