Archive for May, 2009

Video Engku Allesya Semasa Cukur Jambul

May 26th, 2009 14:14

Beberapa hari sudah berlangsunglah Majlis Cukur Jambung Engku Allesya, anak kepada pelakon wanita popular iaitu  Erra Fazira dan COO Suria FM Engku Emran Engku Zainal Abidin. Majlis yang di tunggu-tunggu oleh semua pihak terutamanya media dan peminat Erra selamat di jalankan di Restoran Puteri, TTDI ( Taman Tun Dr Ismail) .

video-engku-aleesya

Erra memberitahu media yang dia sebelum ini bersedia untuk meletakkan Allesya sebagai tumpuan media kerana ini merupakan anak pertamanya. Erra perlu belajar menjadi ibu kepada Allesya dan memahami perangai Allesya sedikit jika tidak banyak. Ini penting supaya Erra dapat mengawal keadaan Allesya ketika berada pada tumpuan orang ramai.

Begitu juga dengan penjelasan Engku Emran yang juga pertama kalinya membina pengalaman sebagai seorang bapa.

Anda boleh lihat sendiri video yang dirakamkan ketika dan selepas Majlis Cukur Jambul Engku Allesya dibawah :

Tahniah kepada Engku Emran dan Erra Fazira atas kurniaan-Nya, Engku Allesya yang sangat comel.

Britney Spear Menggigil Ketakutan Kyle King Naik Pentas

May 6th, 2009 07:42

Britney Spear dalam persembahan konsert Circus Tour di Mohegan Sun Arena kelmarin telah menggigil ketakutan seperti terkena sawan apabila seorang peminat Kyle King telah nekad naik ke pentas.

Britney Spear Trembling

Britney Spear yang ketika itu sedang menari dan menyanyikan lagu Womenizer menggigil (trembling) sambil seolah-oleh berkata “Oh my god Oh my god” (ya tuhan ya tuhan).. tetapi yang anehnya ketika Britney sedang berteriak ‘Oh my god’ tidak pula kedengaran pada pembesar suara (speaker). Ini membuatkan dia terkantoi (miming).

Boleh lihat video Britney Mengigil di bawah :

Kyle King telah di tangkap dan dikenakan hukuman denda sebanyak $250 US dollar iaitu bersamaan RM880 dalam bentuk BON.

p/s: Berani buat berani tanggung.

Inilah anak Malique

May 6th, 2009 01:48

Malique yang berjaya memenangi tiga anugerah dalam AIM 16.Walaubagaimanapun
Malique tidak dapat hadir ke AIM 16 kerana baru mendapat cahaya mata sulungnya yang dilahirkan pada 1 Mei sehari sebelum berlangsungnya AIM 16.

anak-malique

anak-malique

Bayi seberat 3.45 kilogram dan diberi nama Inca Medina Malique itu merupakan hasil perkahwinan Malique bersama isteri tercinta, Melissa Maureen Rizal yang dinikahi tahun lalu di Bali.

Nampaknya rezeki berganda untuk Malique tahun ini dan apa yang di harapkan agar Malique sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia sampai bila-bila.

Tahniah diucapkan kepada malique dan Melissa Maureen Rizal kerana mendapat cahaya mata yang sangat comel.

Aksi Terlampau Hunny Madu Terbuka Baju di AIM16?

May 4th, 2009 12:17

Kami mendapat berita ini dari rakan kami di videokl yang mendedahkan video Hunny Madu, awek cun yang secara tidak sengaja terbuka butang baju ketika menyampaikan anugerah AIM bagi Artis Baru Terbaik yang di menangi oleh Meet Uncle Hussin.

Gambar Hunny Madu

Gambar Hunny Madu

Siapa Hunny Madu?

Poetry, rhythm and words have always been innate for Hunny Madu. Her lyrical explorations are snapshots of the human experience infused in a musical melting pot of neo soul, jazz and hip-hop. She envisions music to be organic, honest and true. Through this peripheral vision, Hunny writes in retrospect.

Quote diatas di ambil dari laman myspace Hunny Madu.

Peliknya tiada sebarang gosip atau artikel di surat khabar arus perdana berkenaan aksi Hunny Madu di pentas AIM16. Mungkinkah ramai yang tidak perasan kerana Hunny Madu dengan pantas cover dadanya yang terdedah. Good Job Hunny!

Atau mungkinkah Hunny sengaja merancang aksi ganas tersebut untuk mendapat publisiti?

Kami serahkan gosip panas ini kepada pembaca selebriti.tv untuk menilai

Kami di Selebriti.tv berhara semua artis peka terhadap pakaian mereka dan sentiasa berhati-hati ketika diatas pentas lebih-lebih lagi jika ianya disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Kepada sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut siapa Hunny Madu boleh la bertandang ke blog Hunny di http://hunnymadu.blogspot.com/ atau jadi rakan Facebook Hunny di http://www.facebook.com/people/Hunny-Madu/664791611

Studio lambang kemegahan KRU

May 4th, 2009 11:03

kru

kru


KRU Kini mereka terus melangkah maju kehadapan selepas satu demi satu kejayan telah dikecapi oleh mereka selepas menerbitkan filem dan kini mereka dalam proses untuk membuka studio mereka sendiri.

Berkeluasan 15.39 ekar di atas sebidang tanah di Cyberjaya, pembinaan KRU Studios yang bakal menempatkan ibu pejabat kumpulan KRU serta studio berteknologi tinggi kini sedang giat dijalankan.

Dengan adanya fasa pertama membabitkan pembinaan kompleks studio rakaman, ia telah dimulakan sejak Januari lalu dan bakal siap sepenuhnya menjelang Ogos nanti.

Jikalau tiada aral melintang, kompleks terbabit akan beroperasi sekitar Januari 2010, manakala fasa-fasa lain akan berterusan sehingga 2015.

Dengan adanya KRU Studios dengan dilengkapi pelbagai kemudahan canggih untuk tujuan penerbitan, ia dilihat sebagai simbol kejayaan kepada KRU yang ditunjangi tiga beradik popular, Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim serta Edry Abdul Halim

Jelasnya, ia juga akan menyediakan dua pentas persembahan yang masing-masingnya berkeluasan 2,500 dan 10,000 kaki persegi

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU, Norman berkata, pemindahan pusat operasi KRU ke Cyberjaya merupakan detik membanggakan selepas lebih 12 tahun KRU menjalankan operasi di Taman Setiawangsa

Kata Norman, melihatkan kemudahan-kemudahan yang disediakan, KRU Studios boleh dianggap sebagai pusat sehenti untuk pelbagai aktiviti membabitkan penerbitan filem, program televisyen, iklan komersial, muzik, kesan khas serta animasi tiga dimensi.

Dalam masa terdekat ini, KRU telah pun menghasilkan sebuah dokumentari berorientasikan budaya tempatan untuk pasaran luar.

“Dokumentari itu berkisar tentang keris, wau, batik dan kehidupan masyarakat Bajau Laut serta penduduk Portugis di Melaka.

“Membanggakan, dokumentari itu telah berjaya dipasarkan di 22 buah negara dan ada dokumentari terbabit berjaya memenangi anugerah dalam satu majlis penganugerahan di Bali, Indonesia tahun lalu,” jelasnya.

Sangat membanggakan pada negara kita artis yang terus berkembang maju dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi selepas filemnya yang telah berjaya diterajui oleh mereka dan kini mereka terus melangkah maju kehadapan yang boleh dicontohi oleh artis lain dimalaysia khususnya.

Zamarul masuk hospital sakit dada

May 4th, 2009 10:23
zamarul-dan-diana

zamarul-dan-diana

Dalam keadaan kelam-kabut membuat persiapan perkahwinan tiba-tiba Diana Rafar dikejutkan dengan berita tunang tersayang, Zamarul Hisham dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah sakit dada

Dia kaget apabila suara pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia itu tiba-tiba terhenti ketika bercakap kata Diana.

Mujur ada suara lain di talian dan menjelaskan Zamarul pengsan dan terus menghantarnya ke Hospital Universiti untuk mendapatkan rawatan.

Zamarul dimasukkan ke dalam wad hampir tiga hari. Doktor yang merawatnya menjelaskan pelakon itu tidak menghadapi apa-apa masalah dan sesak nafas berlaku mungkin disebabkan dia terlalu stres atau penat bekerja.

Walaupun sebelum itu dia sudah menjelaskan kepada Zamarul supaya tidak terlalu memikirkan mengenai persiapan membabitkan majlis yang bakal berlangsung, kata Diana.

Diharapkan semoga Zamarul cepat sembuh dan buat Diana supaya bebanyakkan bersabar dengan keadaan tunang dan semoga semuanya akan berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang…

Kamal Pendek terlantar di HKL

May 4th, 2009 10:00

kamal-pendek

kamal-pendek


Filem Panglima Badul, Si Badul dan Tuan Besar pernah melonjakkan nama pelakon veteran ini di persada industri hiburan tanah air sebagai pelakon komedi itu antara filem yang telah dibintangi oleh Kamal Pendek.

Masa berlalu hingga mencecah usia emas, Kamal atau Nurul Kamal Mohamad Zainuddin, 57, turut berhadapan dengan ujian hidup apabila mengalami masalah kesihatan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.

Bercerita punca penderitaannya, kata Kamal, semuanya bermula apabila dia terjatuh dari ketinggian lebih 12 kaki ketika membaiki wayar di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Akibat kemalangan itu, Kamal terus tidak dapat bangun dan berjalan, menyebabkan dia hanya mampu terlantar di atas katil.

Menurut Kamal, doktor mengesahkannya menghidap sakit tulang belakang dan mencadangkan dia menjalani pembedahan tengkuk.

“Ketika penyakit ini mula dikesan, saya rasa tulang badan seperti berlaga-laga, sengal serta sakit seluruh badan.

diharapkan semua peminat diluar sana dapat mendoakan semoga kamal Pendek dapat sembuh sepenuhnya dengan secepat mungkin.

Bersatu demi ibu

May 3rd, 2009 11:26

KURANG dari seminggu bakal berlangsung Konsert Black Dog Bone sempena Hari Ibu yang akan diadakan di Istana Budaya pada 8 hingga 10 Mei ini.

Konsert anjuran Istana Budaya dan Box Office (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kumpulan Utusan itu turut mempertaruhkan Black Dog Bone sebagai artis utama di samping kemunculan istimewa Jay Jay dan Rahim Othman yang akan diiringi oleh Okestra Simfoni Kebangsaan.

Black Dog Bone

Jika kumpulan Black Dog Bone sendiri sanggup berkumpul semula demi menjayakan konsert ini, begitu juga dengan Jay Jay dan Rahim Othman yang sudahpun bersedia untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.

Lagu Untukmu Ibu merupakan ciptaan Rahim dan ia akan dinyanyikan secara berduet oleh Jatt dari kumpulan Black Dog Bone bersama dengan Jay Jay dengan diiringi tiupan seruling daripada Rahim.

Akui Rahim, ketika ini sudah 90 peratus persediaan dibuat dan kini dia hanya menantikan tarikh keramat itu sahaja.

Pengarah Box Office (M), Ali Bakar pula berpendapat konsert ini merupakan satu wadah yang baik untuk semua peringkat umur menghargai jasa dan pengorbanan ibu

Dan pada masa yang sama kita juga mengharapkan orang ramai agar sama-sama dapat menyertai konsert ini. Sukar sebenarnya untuk kita melihat Black Dog Bone bersatu kembali

Inilah masanya peminat-peminat dapat menyaksikan
kegemilangan Black Dog Bone yang pernah mengegarkan tanah air kita suatu ketika dahulu.

Farhana keluar dari TFC???

May 3rd, 2009 11:11

Dengan pertambahan anggota kumpulan, ingatkan mereka akan lebih fokus dan lebih berani berkarya. Namun, sebaliknya pula berlaku apabila Farhana menarik diri daripada kumpulan popular itu.

tfc1

tfc1

Mungkinkah berlaku salah faham antara gadis ini dengan anggota lain? Begitupun, difahamkan Farhana mengambil keputusan itu kerana mahu fokus terhadap bidang lain iaitu pengacaraan dan peragaan.

Dengar cerita, Farhana juga menerima tawaran mengacarakan sebuah program yang akan disiarkan di kaca TV tidak lama lagi. Sebab itu, gadis jelita ini membuat keputusan meninggalkan kumpulan berkenaan

Betul atau tidak, sama-sama kita lihat nanti. Harap-harap, Farhana mengambil jalan tepat untuk membina kerjayanya dalam dunia seni.

Sudah menjadi lumrah artis berkumpulan tidak akan kekal anggotanya.
Dunia artis yang penuh pancaroba.semoga TFC terus maju kehadapan.

Blog Widget by LinkWithin
Page 1 of 212

  • Selebriti mana bakal mengondol gelaran Artis Paling Popular di ABPBH 2012 nanti?

    View Results


Most Popular

  • None.